Sunday, 11 March 2012

kau dan aku

Aku mungkin lelaki / perempuan yang biasa... Aku juga mungkin lelaki / perempuan yang banyak kelemahan...

Dan kau lelaki/perempuan yang tak suka kelemahan... Dan kau lelaki/ perempuan yang mahukan kesempurnaan...

Kau tak suka aku membebel... Kau tak suka aku mengawal... Kau tak suka aku menasihat... Kau tak suka aku terlalu curiga...

 Tapi pernah kah kau terfikir... Mengapa? Kau tak suka aku membebel.. Tapi aku membebel kerana kau buat sesuatu yang tak sepatutnya.. Yang menyakitkan hati dan mengecewakan aku... Salah ke?

Kau tak suka aku mengawal... Tapi aku mengawal pergaulan kau dengan rakan2 kau supaya kau tak terbabas... Kau tak terlupa akan batas2 pergaulan.. Salah ke? Kau tak suka aku menasihat... Tapi aku beri nasihat yang aku rasa baik untuk pernambahbaikan, nasihat bukan sahaja untuk kau tapi untuk aku sendiri... Untuk kita sama2 maju dan belajar dari kesilapan.. Salah ke?

Kau tak suka aku curiga.. Tapi kau juga yang menimbulkan kecurigaan itu.. Mengapa perlu menipu? Mengapa perlu buat secara sorok2? Mengapa perlu membuat sesuatu yang tak sepatutnya dibelakang aku? Aku hanya mahukan hubungan ini tidak dicacatkan dengan ketidakjujuran... Salah kah?

Dan jika semua yang aku lakukan ini adalah salah di mata kau... Mudah sahaja... kau pergi lah cari kesempurnaan yang kau idamkan dan tinggalkan aku yang hanya memberi keburukan dan bebanan kepada kau... Kau berhak untuk mencari kebahagian kau..

Tapi.... Kau tak berhak untuk menganiaya dan menyakitkan makhluk lain... Macam mana baik kau ambil, begitu lah juga baik bila kau pulangkan...



_Pelangi Malam_

No comments:

Post a Comment