Monday, 5 March 2012

kalau mampu aku hilangkan kenangan

Hari tu takkan aku lupakan... Walaupun aku cuba untuk berfikir baik, positif.. Tapi ianya tetap tak dapat menyembuhkan luka dalam hati aku... Sesungguhnya aku telah cedera teruk.. Mungkin senyuman dan gelak tawa aku mampu mengaburi mata ramai orang tapi hakikatnya aku sangat menderita... 


Ingin aku lepaskan semua... Ye semua.. tapi entah kenapa aku tak mampu... Aku benci aku meluat dan aku rasa nak membunuh tapi bila ketika aku nekad, tiba-tiba aku akan menjadi sangat berlainan yang mana hati aku akan berkata "Tahan sikit lagi.." dan pada ketika itu aku terduduk dan terjatuh.. Kerana aku masih tak mampu... Bodoh!!! Padahal kalau aku lepaskan semuanya aku tak rugi apa-apa pun.. Tapi.. Aku memang bodoh!!


Lantas dengan kebodohan itu lah aku hidup dengan keadaan yang amat menyedihkan... Semoga Allah kuatkan semangat aku dan beri petunjuk supaya aku mampu melepaskan...


Ahh bosan..!!!!


 Kalau lah hidup ini semudah ABC dan memori seperti komputer.. Ingin sahaja aku delete semua celaka dan simpan semua yang indah2.. Dan pastinya tak mungkin akan aku restore semula memori celaka yang menganggu aku siang dan malam...


Once again.. Aku cuba lagi untuk positif.. Sampai aku muntah!



No comments:

Post a Comment