Semalam aku pergi jalan-jalan.. Jumpa ramai manusia.. Best juga, sebab dah lama tak melihat gelagat manusia yang menyenangkan... Yang comel-comel serta yang manis-manis.. Ahh indahnya alam ini... Flora fauna di hadapan mata...
Melihat flora dan fauna di depan mata adalah sangat menyenangkan walaupun flora itu lebih kepada lalang-lalang dan fauna semuanya seperti sedih dan tak cukup makan.. Lebih kurus daripada aku... Ah tetiba aku cemburu dengan keadaan ini.. Bagaimana seekor badak boleh kurus dan menampakkan tulang2 sedangkan aku yang tidak membadak ini lebih badak dari badak.. Ehhh.. Hahahahahha walaupun begitu haiwan-haiwan itu semuanya menyenangkan... Bukan macam haiwan-haiwan yang pandai membawa kereta dan pandai makan tutti frutti dan pandai juga menipu serta mempunyai mulut yang pelbagai bahasa... Haaa faham tak faham tak?
Ahh persetan kan semua itu.. Yang penting sekarang aku sedang berfikir positif... Membangunkan diri serta merancang masa depan yang jauh dari kebangsatan.. Sambil merancang sambil mendengar lagu Carta Hati - Najwa Latif... Ahh lagu yang hanya boleh didengar tapi banyak penipuan jika dalam kehidupan sebenar... Carta hati yang sebenar-benarnya boleh sahaja berubah serta merta, ahh jangan emo siak.. Kata nak positif... Hahahahha okay aku positif....
Betullah apa yang dikata, Allah je yang akan ada dengan kita walau dalam apa jua keadaan kita... Cuma kita je selalu lupa.. Bila susah baru nak ingat.. Macam aku juga lah... Kadang-kadang leka sehingga lupa.. Ahh jahat kan aku.. Aku patut dipiat telinga oleh mak abah pada ketika ni.. Sebab kadang2 leka... Iskkkk aku teruk betul.. Patutlah aku selalu diuji.. Hmmm terima kasih Ya Allah sebab beri ujian supaya aku sedar diri.. Terima kasih Ya Allah....
Tak ada manusia lain yang boleh bantu kita kalau diri kita sendiri tak nak bantu diri sendiri.. Ye kan??
Hmm masih tak puas hati kenapa badak semalam tu sangat kurus... Tak patut!
Oh, mungkin badak suka bersenam kot.. Ah malunya!
Kbye!


No comments:
Post a Comment